Soalan yg perlu dijawab

0 Comments
assalamualaikum kengkawan...

pejam celik pejam celik...dah jumaat dah...cepat je kan masa berlalu...kan...

sebelum sye menjawab soalan tag, kat sini sye nak share something pasal RAHSIA JUMAAT...

"Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat"

rahsia jumaat ni diamik kat sini...

korang dah baca pasal rahsia jumaat, skang korang baca plak jawapan dari soalan yg ditag oleh Farah Fatihah. :D

5 nama samaran
i) Along - dalam family ku, dipanggil along pasalnye sye anak sulung dari 3 beradik...

ii) Nur - family belah mama panggil dengan nama ni...nak tau nape dipanggil ngan name ni je? korang baca la kat sini, sye dah reveal dah aritu...

iii) Nieza - nama panggilan yg kawan2 akan panggil

iv) Alyza Fisol - nama untuk alam cyber jeeee...

v) aniza - nama formal kat opis..


5 tarikh penting
i) birthday sendiri
ii) birthday en.osbon
iii) birthday family
iv) our anniversary n parent's anniversary
v) birthday BFF

5 perkara sye buat semalam
i) bagi anak kucing yg kelaparan minum susu...
ii) pegi keje lambat skit, sbb semalam siap lambat and bile dah turun ke keta, berpatah balik ke umah untuk amik susu, sebab baru jumpa anak kucing yg dicari hari sebelumnya...
iii) pegi berenang2 setelah berbulan2 tak pegi swim...
iv) berjumpa ngan mentua...sebab arini mentua nak balik Jitra dah...
v) balik umah terus tido..sebab badan penat sangat...

5 perkara buat sye gembira
i) makan
ii) shopping kasut n baju
iii) hadiah
iv) bersuka ria ngan family or kengkawan
v) holiday!!

5 perkara sebab jawab soalan
i) sebab utama of course la sebab kena tag
ii) sebab trase nak buat
iii) suka jawab soalan2...hehehe...are you sure suka jawab soalan...erk... :P

aci tak bagi 3 je...sebab tak leh pikir lagi dua alasan....ngeeee...

last but not least, nak tag 5 orang untuk jawab soklan2 ni...
i) Angah
ii) Wahyde
iii) Dhiya
iv) Alia
v) Mia

yeay!! abis dah jawab soalan... :D

haaa...satu lagi nak tambah, kepada para lelaki, selamat menunaikan solat jumaat ye...jangan jadi cam dalam gambar ni tau...



You may also like

No comments:

Powered by Blogger.