Mayat bayi temui dalam keadaan ngeri

0 Comments
tadi kat my news feed fb ade muncul pasal topik ni...

meh sye tempek kat sini berita tu ye...

Mayat seorang bayi dijumpai dalam keadaan ngeri dengan semua tangan dan kaki termasuk alat sulitnya hilang dimakan haiwan liar.

Yang tinggal hanya kepala dan tubuh.

Bayi malang dipercayai baru berusia sehari itu ditemui berhampiran tempat pembinaan kontrak di Desa Relau Paya Terubong, Pulau Pinang kira-kira jam 4 petang semalam.

Seorang saksi yang bekerja ditapak pembinaan terbabit, Shamuga Vellu berkata dia pada mulanya menyangkakan mayat itu adalah pokok pisang.

Sejurus penemuan itu dia kemudian memberitahu majikan sebelum membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Gan Kong Meng mengesahkan menerima laporan terbabit.

Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Setakat ini belum ada sebarang tangkapan dibuat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana cuba menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran.


kesian kan baby tu...kot ye pun, tak nak baby tu, pi la letak terus kat umah kebajikan ke ape ke...jangan la dibuang camtu...dia tu bernyawa jugak kot...dah la terseksa kena buang, pastu kena makan lagi...camne seram tengok cite orang kena makan kat movie, camtula ku bayangkan jadi kat baby tu...dia manusia tak bersalah ok...

haish, ape nak jadi la skang ni...berlambak2 kes buang baby...sian kat baby2 yg tak bersalah tu...huhu...

source dari berita Tv3...


iklan : nak iphone satu, leh la baca2 berita camni ngan iphone...


You may also like

No comments:

Powered by Blogger.