Nasi Ayam Yemen

0 Comments

aritu belek2 blog Ilham Dapur ni...pastu cam tertarik ngan resipi nasi ayam ni...so on last sunday, sye try la masak utk en.osbon for lunch...1st time sye masak nasi ayam...alhamdulillah, menjadi jugak walaupun nasi nye agak lembik skit... :D

so cam biase, sye sharekan resipi nye ye...


Nasi
  • 2 cawan beras (maz guna beras wangi) - dicuci
  • 2 cawan air @ ikut sukatan air beras masing-masing
  • 6-8 ulas bawang putih
  • 2-3 inci halia
  • 1 batang kulit kayu manis *
  • 3 kuntum bunga cengkih *
  • 2 ketul kiub pati ayam
  • 2 sudu besar butter
  • 2-3 titik pewarna kuning

Ayam Panggang

  • 1 ekor ayam (maz guna saiz kecil, 800g je)- dicuci bersih dan toskan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu besar bawang yang ditumbuk (amik dari bahan nasi tadi)
  • 1 sudu kecil lada hitam - tumbuk kasar sikit

Sup

  • 3-4 cawan air
  • 1 sudu besar minyak sayur
  • 1/2 sudu besar bawang yang ditumbuk (amik dari bahan nasi tadi)
  • 1 biji ubi kentang saiz kecil - didadu kecil
  • sedikit serbuk pati ayam sebagai perasa
  • sedikit daun bawang/daun sup

Air Cili

  • 5-6 biji cili merah
  • sedikit gula dan garam
  • 1/2 sudu besar bawang yang ditumbuk (amik dari bahan nasi tadi)

Kicap

  • 1/2 cawan air sup
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil bawang yang ditumbuk (amik dari bahan nasi)


Cara

1. Nasi - Tumbuk lumat bawang putih dan halia. Panaskan periuk, masukkan butter. Bila butter dah cair, masukkan bahan yang bertanda *, kemudian amik 1/2-1 sudu besar bahan yang ditumbuk tadi (selebihnya simpan untuk guna kemudian) dan tumis hingga wangi dan bawang kekuningan. - maz tumis terus dalam rice cooker.

2. Masukkan beras, air, kiub pati ayam dan 2-3 titik pewarna kuning. Kacau biar sekata. Masak seperti biasa dan bila nasi dah masak balik-balikkan guna garfu agar nasi berderai. Siap


1. Ayam Panggang - Satukan semua bahan kecuali ayam. Gaul sekata kemudian lumurkan pada seluruh ayam termasuk dicelah-celah bahagian kulitnya. Perap ayam sekitar 30 minit.

2. Panaskan oven 200 C dan panggang ayam selama 1 jam atau sehingga ayam masak bergantung pada oven masing-masing. Siap

1. Sup - Panaskan minyak dan tumis bawang hingga kekuningan. Masukkan air dan ubi kentang. Masak sehingga air mendidih. Perasakan secukup rasa dengan sedikit serbuk pati ayam dan renehkan dengan api perlahan sehingga ubi empuk. Siap.


1. Air Cili - Kisar cili dengan 1/2-1 cawan air sehingga hancur, masukkan dalam periuk, masukkan bawang yang ditumbuk dan sedikit garam serta gula. Kemudian masak dengan api perlahan sehingga mendidih. Rasa agar ada rasa manis yang seimbang dan tambah mana yang kurang. Siap dan sejukkan.


1. Kicap - Satukan semua bahan dan kacau sebati. Masak seketika dengan api perlahan cukup untuk memekatkannya saja. Rasa agar ada rasa manis dan masin yang seimbang dan tambah mana yang kurang. Siap

Boleh la dihidangkan dengan salad, timun dan tomato. Taburkan sedikit daun bawang/daun sup dalam sup semasa menghidang.


korg bleh kunjung mengunjung ke blog ni sbb banyak sangat resipi yang menarik...bleh cuba2 masak...


selamat mencuba kawan2...


You may also like

No comments:

Powered by Blogger.