10 Sebab Korg tak Gemuk

0 Comments
bnda ni bkn utk aku coz aku mmg dh gemuk skang...huhuhuh...sedih kan...dlu kurus murus je...skang dh tak kurus...waaaaa....

ntah thn bile nk kurus pn tak tau la...nk diet, tak leh diet...sbb nye pantang tgk mknan, keje nk mkn je...ish ish ish...

so kat cni, sye nk share kan kt kwn2 yg dlm proses nk naikkan berat bdn...article ni dpt dr cni...all the best utk yg nk cuba naikkan berat bdn ye...

1. Kurang Makanan

Untuk membolehkan badan anda menambah berat badan ataupun otot, anda perlu bekalkan kalorie surplus. Di sini, tenaga bekalan makanan perlu lebih daripada tenaga yang dibakar.

2. Senaman pemberat yang kurang berkualiti

Badab anda perlukan sebab untuk membesar - ia perlukan suatu catalyst. Senaman pemberat adalah catalyst yang wajip! Tetapi senaman pemberat semata2 tidak mencukupi. Ia perlukan senaman pemberat yang berkualiti!

3. Terlalu Aktif

Sekiranya anda kerap berlari marathon ataupun banyka amaklan senaman kardio, memang sukar untuk menambah berat badan. Jadi sekiranya anda ingin terus aktif dan menambah berat pada masa yang sama, anda perlu tingkatkan lagi pengambilan kalori dari makanan.

4. Takut penambahan berat lemak!

Semua inginkan penambahan berat yang bersih tanpa penambahan lemak. Tetapi itu sukar! Nasihat saya: tambah berat terlebih dahulu, nanti risau pasal lemak berlebihan.

5. Salah Pilih Senaman

Senaman jogging dan badminton tidak akan membantu anda tambah berat badan. Lupakan senaman kardio buat sementara dan beralih kepada senaman pemberat!

6. Tidak Konsisten

Sama seperti proses menurunkan berat bada, menambah berat badan bukanlah kursus jangka masa pendek. Jadi walaupun anda berjaya melalui 10 minggu bersama saya, tidak bermakna anda boleh lepas tangan! Ia perlukan komitmen sepanjang hayat!

7. Over-Training

Yang ini bukan mengenai kardio tetapi senaman beban. Ingat: setiap kali anda melakukan senaman pemberat pada mana2 otot, anda perlu rehatkan otot berkenaan selama 48-72 jam. Ini untuk membolehkan otot tersebut membaiki dan kuatkan diri.

8. Bergantung kepada Suplemen!

Ramai yang email saya mengakatkan mereka habiskan ratusan ringgit untuk weight gainer dan makanan tambahan yang lain. Tanpa, pemakanan asas dan senamam berkualiti, usaha anda memang sia2

9. Adakah Kekuatan anda Meningkat?

Satu-satu cara saya menilai tumbesaran badan adalah dengan rujukan kekuatan saya melakukan suatu senaman. Sekiranya saya makin kuat, ia adalah tanda otot tersebut telah membesar.

10. Tidak Cukup Protein

Protein adalah sumber tumbesaran otot. Tanpa bekalan protein yang mencukupi, otot tidak boleh membesar. Pastikan anda makan lebih kurang 2g protein untuk setiap kg berat badan anda. Nanti saya akan jelaskan dalam bab diet.






You may also like

No comments:

Powered by Blogger.